Khamis , 22 Oktober 2020
Utama / Teknologi / Huawei memperkenalkan HarmonyOS yang dikatakan lebih pantas dan selamat daripada Android

Huawei memperkenalkan HarmonyOS yang dikatakan lebih pantas dan selamat daripada Android

Huawei baru saja mengumumkan sistem operasi baru yang dikenali sebagai Harmony OS pada persidangan pemajunya di China. Syarikat itu berkata HarmonyOS adalah OS yang didistribusikan berasaskan mikrokernel untuk semua platform termasuk telefon pintar, wearables, komputer riba, dan televisyen pintar.

Gergasi teknologi China itu berkata OS tersebut adalah open-sourse dengan penyusun Ark sendiri. Ia juga akan menyokong aplikasi Android yang sedia ada. Huawei akan melancarkan OS pertama pada TV pintar, dan ia akan tiba pada wearables dan komputer riba menjelang 2020. Syarikat itu menyatakan hanya akan menggunakannya jika Android tidak dibenarkan pada telefon pintarnya.

OS Harmony akan mempunyai Persekitaran Trusted Execution Environment merentas pelbagai peranti, untuk memastikan data selamat tanpa mengira platform.

Awal minggu ini, media China melaporkan syarikat itu bersedia melancarkan telefon berdasarkan HarmonyOS menjelang akhir tahun ini. Pada bulan Mei, Google mengharamkan Huawei daripada menggunakan Android, berikutan kemasukannya dalam senarai entiti AS. Kemudian, Huawei mempercepatkan usaha untuk membangunkan OS ini sebagai alternatif kepada Android.

 

Juga Cari

Facebook padam 3.2 billion akaun palsu bagi tahun 2019

Pada November 2019, Facebook Transparency telah mengeluarkan Community Standars Enforcement Report edisi April 2018 sehingga …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *