Telefon pintar Apple iPhone kemungkinan besar akan dilancarkan pada tahun ini berikutan kebocoran maklumat awal bagi telefon pintar tersebut.
Telefon pintar iPhone 11 tersebut dikatakan datang dengan spesifikasi dan warna baru dimana model asas bagi iPhone 11 mempunyai kapasiti stor dalaman 128GB, dua kali ganda kapasiti iPhone sekarang.
Khabar angin juga menyatakan bahawa iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max akan mempunyai lensa super sudut lebar dengan bidang pandangan 120º dan sokongan warna 4K pada 30 fps. Apple juga akan memperkenalkan warna “hijau gelap” dan akan menggunakan kesan reflektif untuk menjadikan telefon pintar itu kelihatan berwarna pelangi.
IPhone 11, iPhone 11 Pro, dan iPhone 11 Pro Max dijangka akan diumumkan pada September ini menurut khabar angin tersebut.