LABUAN, 24 Okt (Daily Mail) : Penaiktarafan Sekolah Menengah Teknik Labuan kepada Kolej Vokasional merupakan satu tranformasi pendidikan yang mampu mendokong hasrat kerajaan untuk menyediakan tenaga mahir dan separa mahir dalam usaha menjadi sebuah Negara maju menjelang tahun 2020.
Haji Roslan Musa dari Sektor Pengoperasian Sekolah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian pelajaran Malaysia menyatakan bahawa penaiktarafan yang diberikan kepada sekolah teknik ini akan mampu memberikan tenaga mahir kepada kerajaan pada masa hadapan.
“Untuk menjadi Negara maju pada masa hadapan, kita memerlukan banyak tenaga mahir dan separa mahir yang ramai”, katanya ketika merasmikan Program Outreach Kolej Vokasional Labuan pada jumaat.
“Negara kita memerlukan banyak tenaga kerja yang mahir dan separa mahir untuk Sembilan tahun yang akan datang, dengan keperluan yang besar ini adalah penting untuk Kementerian Pelajaran mengambil langkah untuk memenuhi tuntuan yang besar ini, tambahnya.
Roslan juga menyatakan bahawa sistem pendidikan yang ada sekarang masih belum memperkasakan sistem pendidikan yang berkaitan dengan kemahiran sepenuhnya, oleh yang demikian dengan tranformasi pendidikan yang melibatkan penaiktarafan sekolah teknik kepada kolej vokasional ini dapat memenuhi tuntutan tenaga kerja dimasa hadapan.
Dengan penaiktarafan ini pelajar Kolej Vokasional bakal menerima sijil diploma setelah menerima keempat-empat sijil kemahiran dan seterusnya boleh melanjutkan pelajaran ketahap yang lebih tinggi di institusi pendidikan tinggi vokasional.
Roslan juga menegaskan bahawa dalam usaha kerajaan untuk mencapai status Negara berpendapatan tinggi, kemahiran dalam bidang vokasional perlu diberikan perhatian sepenuhnya dalam menyediakan tenaga-tenaga mahir terutamanya dalam bidang berkaitan industri.
Semantara itu, Pengarah Kolej Vokasional Labuan, Puan Hajah Siti Muslihah Leeudin menyatakan bahawa tranformasi ini akan memberikan peranan yang besar dalam menjayakan hasrat kerajaan untuk menjadi Negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Beliau juga menjelaskan agar pihak-pihak yang terlibat industri dapat memberikan peranan dalam khidmat nasihat dalam bidang kemahiran.
Program Outreach Kolej Vokasional Labuan yang dijalankan setiap tahun ini bertujuan untuk menarik minat mana-mana individu yang berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang berkaitan dengan kemahiran.







![]() | Unique Visit | 1824 |
![]() | Yesterday | 2966 |
![]() | Last Week | 8369 |
![]() | Last Month | 91257 |