Huawei baru saja mengumumkan sistem operasi baru yang dikenali sebagai Harmony OS pada persidangan pemajunya di China. Syarikat itu berkata HarmonyOS adalah OS yang didistribusikan berasaskan mikrokernel untuk semua platform termasuk telefon pintar, wearables, komputer riba, dan televisyen pintar.
Gergasi teknologi China itu berkata OS tersebut adalah open-sourse dengan penyusun Ark sendiri. Ia juga akan menyokong aplikasi Android yang sedia ada. Huawei akan melancarkan OS pertama pada TV pintar, dan ia akan tiba pada wearables dan komputer riba menjelang 2020. Syarikat itu menyatakan hanya akan menggunakannya jika Android tidak dibenarkan pada telefon pintarnya.
OS Harmony akan mempunyai Persekitaran Trusted Execution Environment merentas pelbagai peranti, untuk memastikan data selamat tanpa mengira platform.
Awal minggu ini, media China melaporkan syarikat itu bersedia melancarkan telefon berdasarkan HarmonyOS menjelang akhir tahun ini. Pada bulan Mei, Google mengharamkan Huawei daripada menggunakan Android, berikutan kemasukannya dalam senarai entiti AS. Kemudian, Huawei mempercepatkan usaha untuk membangunkan OS ini sebagai alternatif kepada Android.