Produk iPhone sememangnya datang dengan harga yang mahal kerana ciri-ciri keunggulan rekaan dan perisian iOs mereka yang eksklusif.
Walau bagaimanapun, penngguna telefon pintar Android boleh menikmati ciri-ciri istimewa tersebut dengan memasang aplikasi tambahan Android daripada Google PlayStore.
Berikut adalah ciri-ciri istimewa iPhone berserta aplikasi-aplikasi tambahan Android;
1. Assitive Touch
Anda boleh menggunakan AssistiveTouch untuk mengawal peranti anda selain sebagai butang Home iPhone.
Pengguna Android boleh memuatnaik applikasi tambahan daripada Google Playstore dengan kata carian Assistive Easy Touch.
Untuk pengguna Xiaomi, anda boleh mengaktifkan Quick Ball dengan urutan tetapan berikut;
settings > additional settings > quick ball > turn on Quick Ball
2. Pencarian Universal
Pencarian universal membolehkan pengguna memasukkan kata kunci, nombor telefon ataupun alamat url dan akan menghasilkan pilihan panggilan, pesanan dan laman web pilihan. Ia menggunakan carian keatas Wikipedia, Google Maps, Twitter, CNN, ebay, IMDb, flickr, dan ESPN.
Bagi pengguna telefon pintar Android, anda boleh memasang aplikasi Launcher dari Google PlayStore.
3. Notifikasi di PC
Keistimewaan iPhone adalah kemampuan melaraskan interaksi di antara iPhone bersama peranti Apple lain seperti MacBook. Dengan ini, pengguna akan turut menerima notifikasi dari telefon iPhone di Macbook.
Pengguna Android boleh memamasang applikasi tambahan untuk menyelaraskan telefon pintar dengan PC atau Laptop dengan aplikasi Pushbullet.
4. Screenshot Markup
Screenshot adalah salah satu fungsi yang amat popular. Telefon pintar iPhone boleh mengubah suai screenshot yang diambil sebelum disimpan. Telefon pintar Android pula serta merta menyimpan screenshot yang diambil tanpa sebarang pilihan.
Walau bagaimanapun pengguna telefon pintar Android boleh memasang applikasi tambahan seperti Screenshot Crop and Share.
5. Perakam Layar
Applikasi perakam layar (Screen Recorder) adalah aplikasi tersedia di dalam telefon pintar iPhone.
Pengguna telefon pintar Android mempunyai banyak pilihan aplikasi tambahan daripada Google Playstore untuk tujuan ini.
Kesimpulanya, Android adalah perisian telefon pintar yang menggunakan asas open-source. Pelbagai aplikasi tambahan boleh dipasang dengan percuma daripada Google Playstore.