Sumber daripada : MStar.com.my : Kabinet akan dirombak
YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam Mesyuarat Kabinet pada 21 Ogos 2019 yang telah mengumumkan rombakan Kabinet Pakatan Harapan akan dilakukan pada bila-bila masa dan beberapa menteri akan bertukar portfolio.
Dalam masa yang sama, YAB PM telah menyatakan perkara tersebut secara terbuka di dalam Mesyaurat Kabinet tersbut dan akan membuat pertemuan bersama ketua-ketua parti PH pada masa terdekat.
Selaras dengan itu, rombakan kali ini dipercayai akan menyusun portfolio-portfolio menteri tertentu tanpa ada sebarang perubahan barisan kabinet.
Isu ini telah lama berlarutan memandangkan segenlintir menteri kabinet dipercayai tidak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Walau bagaimanapun, Dr Mahathir telah berulang kali menafikan perkara tersebut.
Pada 5 Mei lalu, pada majlis ulang tahun pertama kemenangan GE14, Dr Mahathir memberikan Kabinetnya “lima daripada 10” tetapi menegaskan bahawa para menteri “belajar dengan cepat”.
Kali terakhir Dr Mahathir menafikan bahawa akan ada perombakan kabinet pada 19 Julai berikutan gambar tular Kabinet penuh yang diambil sebelum mesyuarat di Putrajaya.