Kualiti index udara bagi Jakarta semalam, Khamis 1hb Ogos 2019 telah dicatatkan sebagai rekod terburuk yang pernah terjadi di dunia.
Menurut laporan portal Tempo, index udara di Jakarta telah mencapai tahap tidak sihat iaitu pada tahap 161 berdasarkan US Air Quality Index (AQI).
Jabatan Metrologi Malaysia, MetMalaysia telah melaporkan kejadian jerebu telah berlaku di beberapa kawasan di Malaysia seperti Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negri Sembilan dan Pulau Pinang.
Semakan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Malaysia boleh dibuat pada laman rasmi Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim.
Sehingga hari ini, 2hb Ogos 2019 jam 2.00 petang, bacaan IPU yang tertinggi adalah di Rompin, Pahang (103) dan Klang, Selangor (110).