Khamis , 26 November 2020
Utama / Nasional / Berita Utama / Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) Motor disasarkan untuk separuh kedua tahun 2020

Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) Motor disasarkan untuk separuh kedua tahun 2020

Kajian terhadap Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) motor sebagai sebahagian daripada liberalisasi berfasa tarif motor yang berterusan dan usaha kerajaan untuk memupuk disiplin penggunaan jalan raya yang baik.

Selaras dengan komitmen Kerajaan untuk mengambil pendekatan yang lebih saksama dan berasaskan prinsip pasaran bagi sektor swasta, serta usaha-usaha untuk memupuk tingkah laku pemanduan yang baik dan menggalakkan keselamatan jalan raya, sebuah kajian mengenai Diskaun Tanpa Tuntutan (No-Claims-Discount, atau NCD) Motor sedang dijalankan.

Bank Negara Malaysia (BNM), dengan kerjasama industri insurans dan takaful di Malaysia, sedang membangunkan beberapa cadangan untuk fasa Liberalisasi Tarif Motor dan Tarif Kebakaran yang seterusnya, disasarkan untuk separuh kedua tahun 2020. Ini sebahagian daripada usaha pembaharuan untuk mempertingkatkan kemampanan, serta memelihara kestabilan pasaran insurans dan takaful secara menyeluruh. Usaha bersama pelbagai pemegang taruh ini merangkumi kajian struktur NCD supaya memberikan fleksibiliti dan tanggungjawab yang lebih besar kepada semua pihak, bagi menggalakkan pemanduan yang lebih selamat dengan memberi ganjaran untuk tingkah laku baik di jalan raya.

Usaha ini juga sejajar dengan Rancangan Keselamatan Jalan 2014-2020 oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia yang bermatlamat mengurangkan jumlah kematian dan kecederaan serius sebanyak 50% menjelang 2020.

Liberalisasi berfasa Tarif Motor, yang bermula pada 1 Julai 2016, telah memperkenalkan dua perubahan penting. Perubahan tersebut ialah kebolehubahan untuk penanggung insurans dan pengendali takaful untuk menawarkan produk baharu motor dan perlindungan tambahan yang tidak ditetapkan di bawah tarif sebelumnya, serta kebolehubahan oleh penanggung insurans dan pengendali takaful untuk menetapkan harga premium bagi produk Motor Komprehensif, dan produk Kebakaran dan Kecurian Motor Pihak Ketiga.

Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
23 Disember 2019

Sumber: https://www.treasury.gov.my/index.php/galeri-aktiviti/siaran-media/item/5747-siaran-media-kajian-terhadap-diskaun-tanpa-tuntutan-ncd-motor-sebahgai-sebahagian-daripada-liberalisasi-berfasa-tarif-motor-yang-berterusan-dan-usaha-kerajaan-untuk-memupuk-disiplin-penggunaan-jalan-raya-yang-baik.html

Juga Cari

Ketegangan US-Iran akan menyebabkan kenaikan harga minyak dunia

Konflik yang berlaku di antara Amerika Syarikat (US) dan Iran sudah tentunya akan menaikkan harga …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *