Selasa , 10 Disember 2019
Utama / Nasional / APMM Guna Pesawat Bombardier CL415 bantu JBPM kawal kebakaran tanah gambut di Miri, Sarawak.

APMM Guna Pesawat Bombardier CL415 bantu JBPM kawal kebakaran tanah gambut di Miri, Sarawak.

Indek Pencemaran Udara (IPU) Miri, Sarawak telah mencapai tahap merbahaya (bacaan IPU 392 pada 10 Ogos 2019, jam 12.00 tengahari) lalu.

Ini berikut daripada kebakaran hutan tanah gambut yang berlaku di sekitar Miri terutamanya di kawasan Kuala Baram. Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang giat melalukan kerja-kerja memadam kebakaran hutan tersebut. Usaha-usaha memadam kebakaran tersebut telah mendapat bantuan daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang akan menggunakan kaedah “Water Bombing” menggunakan pesawat Bombardier CL415 milik APMM.

Pesawat tersebut telah diterbangkan dari Lapangan Terbang Subang dan mendarat di Pangkalan Udara Bomba Miri pada 15 Ogos 2019.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan menggunakan kaedah ‘Water Bombing’ bagi membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memadam kebakaran tanah gambut di Miri.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan berkata pihaknya akan membantu JBPM dalam usaha memadam kebakaran tanah gambut seluas 24 kilometer persegi di Kuala Baram dengan menggunakan kaedah ‘Water Bombing’.

Bacaan IPU bagi kawasan Miri pada hari menunjukkan penurunan iaitu pada bacaan 221 (tidak sihat)

 

https://www.facebook.com/maritimmalaysia/posts/bombardier-cl-415-akan-bantu-bomba-padam-kebakaran-di-miri-mulai-esokkuching-14-/2375153715909863/

Juga Cari

Dana RM 1 bilion bagi Rumah Mampu Milik oleh Bank Negara Malaysia

Untuk memudahkan pemilikan rumah di Malaysia, pelbagai skim bantuan Kerajaan diperkenalkan untuk membolehkan pembeli rumah …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *