Isnin , 27 Mac 2023

Penangguhan Program Subsidi Petrol Tahun 2020

Program Subsidi Petrol (PSP) yang telah diumukan pada 7 Oktober 2019 adalah inisiatif Kerajaan untuk meringankan beban isirumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol. Ia adalah satu bentuk bantuan kewangan untuk membantu rakyat membiayai sebahagian kos penggunaan petrolnya.

Prinsip bantuan yang hendak disampaikan oleh Kerajaan ialah melalui pengagihan semula subsidi yang saksama (equitable redistribution) dan dasar berpandukan data (data driven policy). Subsidi petrol sedia ada secara pukal yang dinikmati oleh semua orang tanpa mengira kerakyatan dan pendapatan akan diubah kepada golongan sasar yang layak, iaitu warganegara Malaysia yang sangat memerlukan bantuan tersebut.

Walaubagaimana pun, Mesyuarat Kabinet pada 18 Disember 2019 telah memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan PSP yang telah dijadualkan pada 1 Januari 2020 sehingga suatu masa yang akan diumumkan kelak.

Berikut adalah kenyataan media daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution.

Juga Cari

Ketegangan US-Iran akan menyebabkan kenaikan harga minyak dunia

Konflik yang berlaku di antara Amerika Syarikat (US) dan Iran sudah tentunya akan menaikkan harga …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *