Susulan daripada pembentangan Bajet Tahun 2020 dan keputusan Jemaah Menteri pada 6 Disember 2019 berhubung pelaksanaan gaji minimum RM1,200 sebulan di kawasan wilayah bandar-bandar utama. Keputusan Kerajaan berhubung gaji minimum baharu adalah seperti berikut;
Kadar gaji minimum
Kerajaan memutuskan bahawa kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,200 sebulan di bandar-bandar utama di bawah pentadbiran 57 Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran seperti di Lampiran.
Kadar gaji minimum bagi selain daripada wilayah bandar-bandar utama kekal pada RM1,100 sebulan.
Kadar gaji minimum mengikut jam dan hari serta bagi pekerja yang dibayar mengikut upah ikut kerja (piece rate) trip, komisen, tan dan tugasan (task) akan diperincikan dalam Perintah Gaji Minimum yang baharu.
Pelaksanaan gaji minimum RM1,200 sebulan di wilayah bandar-bandar utama dan RM1,100 sebulan selain daripada wilayah bandar-bandar utama adalah berdasarkan tempat kerja yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Kerja 1955 (Akta 265), Ordinan Buruh Sabah (Bab 67) dan Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76) iaitu di mana-mana tempat kerja dijalankan untuk majikan oleh pekerja.
Liputan gaji minimum
Gaji minimum dikekalkan pemakaiannya kepada semua pekerja di sektor swasta kecuali pekhidmat domestik sebagaimana dalam Perintah Gaji Minimum 2018.
Tarikh permulaan kuat kuasa
Tarikh kuat kuasa Perintah Gaji Minimum baharu adalah mulai 1 Januari 2020 ke atas semua majikan.
Selaras dengan keputusan Kerajaan ini, Perintah Gaji Minimum yang baharu akan diwartakan dalam masa terdekat.
Keputusan kerajaan meningkatkan gaji minimum bagi pekerja di wilayah bandar-bandar utama adalah bagi membantu pekerja di kawasan ini yang berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi.
Kadar gaji minimum akan terus disemak bagi memastikan ia sejajar dengan keperluan semasa. Ia juga selaras dengan hasrat untuk mencapai kadar gaji minimum RM1,500 sebulan dalam tempoh lima tahun pertama pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan.
SENARAI BANDAR-BANDAR UTAMA*
1. Bandaraya Johor Bahru
2. Bandaraya Iskandar Puteri
3. Bandaraya Alor Setar
4. Bandaraya Melaka Bersejarah
5. Bandaraya Pulau Pinang
6. Bandaraya Seberang Perai
7. Bandaraya Ipoh
8. Bandaraya Shah Alam
9. Bandaraya Petaling Jaya
10. Bandaraya Kuala Terengganu
11. Bandaraya Kuching Utara
12. Bandaraya Kuching Selatan
13. Bandaraya Miri
14. Bandaraya Kota Kinabalu
15. Bandaraya Kuala Lumpur
16. Bandar Batu Pahat
17. Bandar Kluang
18. Bandar Kulai
19. Bandar Muar
20. Bandar Segamat
21. Bandar Pasir Gudang
22. Bandar Kulim
23. Bandar Sungai Petani
24. Bandar Langkawi
25. Bandar Kubang Pasu
26. Bandar Kota Bharu
27. Bandar Alor Gajah
28. Bandar Jasin
29. Bandar Hang Tuah Jaya
30. Bandar Seremban
31. Bandar Nilai
32. Bandar Port Dickson
33. Bandar Jempol
34. Bandar Kuantan
35. Bandar Temerloh
36. Bandar Bentong
37. Bandar Manjung
38. Bandar Kuala Kangsar
39. Bandar Taiping
40. Bandar Teluk Intan
41. Bandar Kangar
42. Bandar Ampang Jaya
43. Bandar Kajang
44. Bandar Klang
45. Bandar Selayang
46. Bandar Subang Jaya
47. Bandar Sepang
48. Bandar Kemaman
49. Bandar Dungun
50. Bandar Padawan
51. Bandar Sibu
52. Bandar Kota Samarahan
53. Bandar Bintulu
54. Bandar Sandakan
55. Bandar Tawau
56. Bandar Labuan
57. Bandar Putrajaya