Jumaat , 10 April 2020
Utama / Nasional / Berita Utama / Cukai Perkhidmatan 6% ke atas Perkhidmatan Digital bermula 1 Januari 2020

Cukai Perkhidmatan 6% ke atas Perkhidmatan Digital bermula 1 Januari 2020

Rang Undang-Undang Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2019 telah diluluskan di Parlimen pada 8 April 2019 bagi mengemas kini Akta Cukai Perkhidmatan 2018.

Dalam pindaan Rang Undang-Undang tersebut, pindaan yang dicadangkan adalah bagi melaksanakan langkah cukai yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2019 iaitu untuk mengenakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan digital sebanyak 6%. Cadangan pengenaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan digital ini adalah selaras dengan cadangan Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) supaya cukai tidak langsung dikenakan ke atas urus niaga yang melibatkan transaksi rentas sempadan(cross border transactions) dan juga sebagai salah satu opsyen dalam menangani cabaran mencukai ekonomi digital.

Cukai perkhidmatan ini hanya dikenakan ke atas perkhidmatan digital yang disediakan oleh pemberi perkhidmatan asing kepada pengguna Malaysia sama ada pengguna individu ataupun pengguna perniagaan.

Contoh perkhidmatan digital adalah seperti langganan muzik dan video atas talian, langganan e-book, penggunaan platform e-market place, langganan sistem storan berasaskan cloud computing serta pembelian perisian komputer secara atas talian.

Pengguna Malaysia ditentukan berdasarkan kaedah pembayaran, alamat internet protocol (IP) atau nombor peranti mudah alih yang digunakan semasa pembelian langganan perkhidmatan digital serta sama ada pengguna tersebut menetap di Malaysia.

Cukai perkhidmatan akan dibayar kepada pemberi perkhidmatan asing berdaftar oleh pengguna yang membeli, melanggan perkhidmatan digital. Pemberi perkhidmatan tersebut seterusnya akan me-remit cukai perkhidmatan kepada pihak JKDM berdasarkan tempoh bercukai yang ditetapkan. Pemberi perkhidmatan asing adalah terdiri daripada orang yang sebenarnya membekalkan perkhidmatan digital kepada pengguna serta online market place operator yang menyediakan platform market place untuk penjualan dan pembelian barang dan perkhidmatan
secara atas talian.

Bagi perkhidmatan digital yang telah mula dilanggan sebelum tarikh kuat kuasa iaitu 1 Januari 2020, yang mana perkhidmatan tersebut akan melangkaui 1 Januari 2020, cukai perkhidmatan hanya akan dikenakan ke atas bahagian perkhidmatan digital yang diberikan selepas 1 Januari 2020. Namun demikian, sekiranya pembayaran penuh telah dilakukan sebelum 1 Januari 2020, bagi langganan perkhidmatan digital selepas tarikh tersebut, perkhidmatan itu tidak tertakluk kepada kenaan cukai perkhidmatan.

Juga Cari

Ketegangan US-Iran akan menyebabkan kenaikan harga minyak dunia

Konflik yang berlaku di antara Amerika Syarikat (US) dan Iran sudah tentunya akan menaikkan harga …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *