Akhbar Arab Saudi, Okaz hari ini melaporkan presedur baru iaitu wanita Arab Saudi berumur 21 tahun dan ke atas telah bebas untuk mendapatkan dan memperbaharui pasport mereka.
Selaras dengan procedur tersebut, wanita Arab Saudi juga bebas untuk keluar negara tanpa seorang penjaga lelaki.
Sebelum ini, undang-undang kerajaan Arab Saudi menganggap wanita dewasa sebagai kanak-kanak bawah umur dan di bawah kawalan penjaga mereka iaitu sama ada suami, bapa atau saudara lelaki.