Presiden Indonesia, Bapak Joko Widodo dengan rasminya mencadangkan pemindahan ibukota Indonesia, Jakarta ke Kalimantan Borneo di dalam ucapannya di Parlimen sehari sebelum sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia.
Presiden Indonesia itu yang juga dikenali sebagai Jokowi itu telah memenangi Pemilihan Presiden pada April lalu dan akan mengangkat sumpah untuk penggal kedua beliau pada Oktober ini. Dalam ucapannya, beliau berkata;
“Saya dengan ini meminta kebenaran anda untuk memindahkan ibu negara kita ke Kalimantan,
Ibukota bukan sekadar simbol identiti negara, tetapi juga representasi kemajuan negara. Ini adalah untuk merealisasikan kesaksamaan dan keadilan ekonomi.”
Walau bagaimanapun lokasi sebenar beliau tidak sebutkan.
Kotaraya metropolitan Jakarta sering mengalami banjir kerana pengekstrakan air bawah tanah yang tidak terkawal dan mempunyai populasi yang amat tinggi sekitar 30 juta orang mendatangkan kesesakan yang melampau.
Presiden Jokowi juga berkata
“Ini adalah tugas besar, tidak mungkin untuk mengambil masa satu tahun, ia boleh mengambil masa sehingga 10 tahun,”