Pada 3 Januari 2020, dunia dikejutkan dengan serangan dron Amerika Syarikat di lapangan terbang Baghdad, Iran yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh orang dan termasuk Jeneral Komander Tentera Quds Iran, Jeneral Qassim Soleimani.
Pihak Amerika Syarikat telah mengesahkan serangan tersebut dan akan bertanggungjawab dan bersedia terhadap apa-apa tindakan balas daripada Iran.
Sementara itu, rakyat Iran sedang berkabung atas pemergian Jeneral Tertinggi mereka. Jurucakap kerajaan Iran bertegas akan mengambil tindakan balas yang setimpal di atas pembunuhan tersebut.
Desas-desus juga mengatakan Amerika Syarikat sedang mengerahkan lebih 3,000 askar ke Timur tengah.