Isnin , 27 Mac 2023

Facebook padam 3.2 billion akaun palsu bagi tahun 2019

Pada November 2019, Facebook Transparency telah mengeluarkan Community Standars Enforcement Report edisi April 2018 sehingga September 2019 dan mengumumkan  telah memadam 3.2 billion akaun palsu, 11.6 juta kandungan pornografi kanank-kanak dan 835,000 kandungan memudaratkan/bunuh diri.

Facebook juga mengatakan majoriti akaun palsu tersebut dikenalpasti selepas beberapa minit didaftarkan sebelum akaun tersebut menjadi salah satu populasi di dalam Pengguna Aktif Bulanan(MAU) mereka.

Facebook juga telah menetapkan 9 lagi kategori yang melanggar polisi komuniti mereka seperti aktiviti seksual dan pornografi dewasa, buli dan gangguan emosi, eksploitasi seksual dan pornografi kanak-kanak, akaun palsu, ucapan kebencian, barangan terkawal, spam, propaganda pengganas dan grafik yang mengundang keganasan.

Laporan penuh : https://transparency.facebook.com/community-standards-enforcement

Juga Cari

Ketegangan US-Iran akan menyebabkan kenaikan harga minyak dunia

Konflik yang berlaku di antara Amerika Syarikat (US) dan Iran sudah tentunya akan menaikkan harga …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *